Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof, tiba di dewan serbaguna Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Diaspora Malaysia. Foto, David Andreas (TVS).

TPM Fadillah tiba di Jakarta hadiri ISF 2024

JAKARTA, 4 Sept: Datuk Seri Fadillah Yusof tiba di sini bagi menghadiri Forum Kelestarian Antarabangsa Indonesia 2024 (ISF 2024) atas jemputan Kerajaan Indonesia.

Ketibaan Timbalan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno- Hatta pukul 3.15 petang tadi disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia, Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dijadual akan menyampaikan ucaptama bertajuk Green Industry: Advancing Low Carbon Energy Sources pada ISF esok.

Sementara itu ketika menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Diaspora Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta malam ini, Fadillah berkata Malaysia sudan bersedia melaksanakan peralihan mampan kepada pelabur asing.

Jelas beliau ini penting bagi meningkatkan keyakinan untuk mereka melabur di Malaysia sekali gus menggalakkan pelabur melengkapkan agenda kemampanan dan matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Forum ISF 2024 akan mengukuhkan imej dan peranan Malaysia dalam agenda kelestarian di peringkat antarabangsa khususnya dalam wawasan peralihan tenaga selain menggambarkan komitmen berterusan Malaysia dalam mencapai agenda sifar bersih menjelang 2050,” katanya.

Dalam pada itu, Fadillah dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan, Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia, Bahlil Lahadalia, dan Menteri Sumber Manusia Singapura, Tan See Leng. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan