Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Jemorang, Matu terbakar awal pagi tadi. Foto JBPM

Rumah PPRT di Kampung Jemoreng terbakar awal pagi tadi

MATU, 4 Sept: Sebuah rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Jemorang di sini, terbakar awal pagi tadi.

Komander Operasi, PBKI (KUP) Mustapha Wasli berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 5.01 pagi dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran terbabit telah memusnahkan keseluruhan kediaman itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan bomba bertindak memadamkan kebakaran menggunakan pam angkut satu aliran dua bahagian 300 kaki dari sumber air terbuka parit sehingga api padam sepenuhnya.

“Setelah didapati keadaan selamat pihak bomba bersama jentera bertolak balik ke balai,” ujarnya.

Turut membantu dalam operasi memadamkan kebakaran itu ialah pihak polis, Sarawak Energy dan penduduk kampung. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan