Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa yang sebelum ini bekerja di Sydney menyatakan melihat satu pelaburan yang diiklankan melalui laman YouTube. Foto hiasan Envato

Pesara jururawat rugi lebih RM1.9 juta terpedaya pelaburan tidak wujud

ByBernama

ALOR SETAR, 4 Sept: Seorang pesara jururawat berusia 76 tahun kerugian lebih RM1.9 juta akibat terperdaya dengan pelaburan tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah Supt Loi Yew Lik berkata Balai Polis Jitra menerima satu laporan berkaitan kes itu pada 12.37 tengah hari semalam.

“Wanita yang sebelum ini bekerja di Sydney, Australia dan masih bujang menyatakan melihat satu pelaburan yang diiklankan melalui laman YouTube.

“Mangsa kemudian berurusan dengan wakil syarikat dan diterangkan mengenai pelaburan itu melalui kelas dalam talian oleh syarikat itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata wanita terbabit membuat bayaran modal berjumlah RM100,000 pada 17 Jun lepas dan setelah itu membuat bayaran lagi menerusi 19 transaksi ke pelbagai akaun bank yang diberikan hingga berjumlah lebih RM1.9 juta.

Loi berkata mangsa telah dijanjikan akan mendapat keuntungan dalam tempoh sebulan dan dia kemudian menyedari ditipu kerana masih tidak menerima sebarang pulangan dijanjikan.

“Siasatan mendapati pelaburan berkenaan adalah palsu dan menggunakan nama pelaburan ‘Capital Dynamic’ yang merupakan syarikat pelaburan antarabangsa,” katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan