Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menerima kunjungan hormat GJPBS di Wisma Bapa Malaysia hari ini. Foto, Nadhim Bokhari (TVS).

Pembinaan pusat kecemerlangan GJPBS dijangka bermula pada 2026

ByMuqri Aziz

KUCHING, 4 Sept: Projek pembinaan pusat kecemerlangan milik Gabungan Jurutera Perunding Bumiputera Sarawak (GJPBS) dijangka akan bermula pada 2026.

Pengerusinya Ir. Irwan Zulkarnain Hasbie berkata, ketika ini cadangan projek itu berada pada peringkat memuktamadkan pemilihan tapak di Kota Samarahan.

Pembinaan pusat kecemerlangan kejuruteraan dijangka bermula 2026 | TVS

Menurutnya, pusat itu kelak akan turut menempatkan institusi-institusi kejuruteraan lain.

“(Selepas itu) kita akan beralih kepada cadangan reka bentuk yang memerlukan kelulusan pihak berkuasa tempatan yang berkemungkinan besar akan memakan masa sehingga satu tahun,” katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu beliau bersama delegasi GJPBS mengadakan kunjungan hormat bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia hari ini.

Sementara itu Irwan Zulkarnain berkata, pusat berkenaan penting bagi memastikan ahli GJPBS serta jurutera-jurutera tempatan mahir dengan kemahiran dan peralatan teknologi terkini.

“Pusat berkenaan turut dilengkapkan pusat penyelidikan serta makmal ujian yang dapat memastikan jurutera di sini menjadi pemain utama dalam industri perundingan di Sarawak dan Malaysia,” ujarnya.

Ini kata beliau selaras dengan aspirasi Abang Johari yang mahu melihat ahli GJPBS memiliki kemahiran yang tinggi seiring dengan kepesatan teknologi menjelang 2030.

“Premier Sarawak turut menekankan kepentingan ahli kita mahir dalam pengunaan Building Information Modeling (BIM) yang boleh mempercepatkan projek di wilayah ini,” tambahnya lagi. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan