Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi semasa menghadiri Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Penyenggaraan Jalan Persekutuan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di Kementerian Kerja Raya, hari ini

PBH Asset Management dilantik selenggara PAN Borneo Sarawak selama tiga tahun

ByAsmah Adenan

KUCHING, 4 Sept: Kementerian Kerja Raya (KKR) mengumumkan PBH Asset Management Sdn Bhd dilantik untuk melaksanakan kerja – kerja penyelenggaran Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak bagi tempoh selama tiga tahun.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kontrak kerja bernilai RM69 juta itu membabitkan kerja rutin sepanjang tahun, kerja berkala pavamen, kerja berkala bukan pavamen dan kerja kecemasan mengikut kelulusan dari semasa ke semasa.

Tambah beliau, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak pula merupakan rakan strategik KKR dan akan bertindak bagi pihak kerajaan dalam perkara – perkara berkaitan dengan operasi.

“(Selain itu JKR Sarawak turut terlibat dengan aspek) penyenggaraan dan penyeliaan serta pengawasan perlaksanaan kerja bagi memastikan pematuhan terma dan syarat oleh syarikat (berkenaan),” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Sementara itu Alexander Nanta turut memberi ingatan tegas kepada syarikat berkenaan supaya melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya.

“Kalau kita tak buat kerja menyelenggara jalan pada tahap terbaik, kalau ada orang mati (kemalangan disebabkan jalan tidak diselenggara dengan baik), kita berdosa.

“Itu yang saya tekankan sebelum menyerahkan Surat Setuju Terima (SST) dan perlantikan JKR Sarawak sebagai wakil kerajaan bagi penyelenggaran Jalan Persekutuan (LPB) Sarawak,” katanya.

Tambah Alexander Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit, tugas itu berat kerana ia melibatkan kerja penyelenggaran jalan yang merupakan fasiliti awam dan melibatkan kepentingan rakyat.

“Justeru saya mengingatkan PBH Asset Management Sdn. Bhd. bagi memastikan penyampaian perkhidmatan ini berjalan lancar, mengikut spesifikasi dan masa yang ditetapkan seperti terkandung dalam kontrak,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan