Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Pusat Krisis Sehenti (OSCC), Datuk Lily Yong merakam gambar kenangan bersama tertamu yang hadir semasa sidang media Pusat Krisis Sehenti (OSCC) di Meritin Hotel di Kuching pada Rabu. Foto TVS

OSCC pelawa kolaboratif agensi, NGO lindungi mangsa dera

KUCHING, 4 Sept: Pusat Krisis Sehenti (OSCC) mempelawa pelbagai agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk berkolaboratif dalam usaha menyediakan perkhidmatan yang relevan kepada mangsa dera.

Pengerusi Pusat Krisis Sehenti (OSCC), Datuk Lily Yong meyakini inisiatif itu akan memantapkan khidmat perlindungan kepada mangsa daripada trauma yang dihadapi.

“Kami memerlukan agensi dan jabatan berkaitan untuk membantu dan sudah tentu lebih banyak jabatan lain akan datang kemudian.

“Tetapi kami tahu ada keperluan mendesak dan kami perlu melihat bagaimana kami melakukannya dengan cara dan kaedah yang kita lakukan mungkin berbeza dengan apa yang kita lakukan sebelum ini”, katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Meritin Hotel di Kuching pada Rabu.

Beliau dalam pada itu turut menguar-uarkan bahawa salah satu rakan OSCC iaitu Legal Aid Department menawarkan perkhidmatan sokongan kepada mangsa dengan yuran RM10 sahaja.

Melalui yuran serendah RM10 itu, pihaknya yakin ia mampu meringankan beban mangsa-mangsa yang teraniaya dalam kes kekerasan.-TVS

Tags: agensi, NGO, OSCC

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan