Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

MTPMA63 bincang autonomi pendidikan, kesihatan Sarawak di Sabah minggu depan

KUCHING, 4 Sept: Majlis Tindakan Perlaksanaan Perjanjian Malaysia (MTPMA63) akan membincangkan permohonan kuasa autonomi pendidikan dan kesihatan untuk Sarawak di Sabah pada minggu depan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata perbincangan kali ini akan mengenegahkan isu autonomi yang belum selesai termasuk berkaitan perjawatan dan pentadbiran.

Autonomi pendidikan, kesihatan fokus mesyuarat MTPMA63 minggu hadapan | TVS

Menurutnya isu berkenaan perlu dimuktamadkan bagi membolehkan Sarawak berkuasa sepenuhnya terhadap pelaksanaan autonomi berkenaan untuk tindakan seterusnya.

“Ini bagi membolehkan kita membuat keputusan yang terbaik untuk Sarawak dari sudut autonomi pentadbiran dan hak-hak kita untuk dapat melaksanakan projek pembangunan kesihatan dan pendidikan di Sarawak ini.

“Kita memerlukan kuasa autonomi ini sebab kita lebih tahu keadaan kita di Sarawak dan kita lebih tahu apa yang kita mahu, macam mana kita hendak merancang pembangunan pendidikan dan kesihatan di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Advokasi Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak Bahagian Kuching di Sekolah Menengah Kebangsaan Semerah Padi di sini pada Rabu.

Sharifah Hasidah menjelaskan mesyuarat berkenaan tidak akan membincangkan pelantar benua berikutan isu terbabit tidak tertakluk kepada sebarang rundingan.

“Ini hak kita dan kita ada hak untuk laksanakan undang-undang negeri kita, jadi ia tidak boleh dibuka untuk rundingan.

“Mungkin orang lain tak setuju dengan definisi kita atau undang-undang kita namum ini adalah hak kita yang sah di bawah undang-undang kita yang sah kerana tanah adalah merupakan satu perkara di bawah bidang kuasa negeri dan kita ada hak untuk mendefinasikan tanah kita,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan