Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman ketika melawat Pusat Tingkatan Enam di SMK Limbang. Foto TVS

Limbang perlu sekolah rendah, menengah dan vokasional baharu

LIMBANG, 4 Sept: Bandar ini memerlukan kemudahan pendidikan membabitkan sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah vokasional baharu untuk penduduknya.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, kemudahan itu penting bagi memperkasa sektor pendidikan dan seterusnya melahirkan modal insan berkualiti di utara Sarawak.

Katanya sektor pendidikan perlu diberi tumpuan agresif selain pembangunan infrastruktur asas lain.

“Prasarana pendidikan (baharu) amat diperlukan di sini dan permohonan untuk pembinaan sekolah-sekolah berkenaan harus dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak Projek Dataran Bandar Limbang dan Pusat Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Limbang sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Residen Bahagian Limbang, Marie Cotilla Louise @ Rozita Kulai dan Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal.

Sementara itu Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota berkata,  sebelum ini permintaan untuk prasarana baharu pendidikan itu telah disuarakan malah disenaraikan dalam RMK12 namun tidak diluluskan.

“(Oleh itu) kita meneruskan dengan memohon menerusi RMK13.

“(Ini kerana) sektor pendidikan perlu menjadi agenda utama yang sejajar dengan tumpuan Kerajaan Sarawak mahu menaik taraf sekolah-sekolah daif dan membangunkan prasarana pendidikan,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan