Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Harga runcit petrol RON97, dan diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak 2 sen masing-masing kepada RM3.40 seliter dan RM3.16 seliter bagi tempoh 5 hingga 11 Sept. Foto hiasan Envato

Harga RON97, diesel turun 2 sen

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Sept: Harga runcit petrol RON97, dan diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak 2 sen masing-masing kepada RM3.40 seliter dan RM3.16 seliter bagi tempoh 5 hingga 11 Sept.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengurangan harga runcit dua bahan api itu seiring dengan penurunan harga pasaran minyak dunia.

Sementara itu, harga runcit petrol RON 95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit produk petroleum dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.

Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kementerian menjelaskan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan