Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemangku Pro Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif Curtin University Malaysia, Profesor Vincent Lee Chieng menyampaikan cenderamata kepada Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee di sini, hari ini. Foto: TVS

Globescores 2024 di Miri himpun pakar global bincang kelestarian masa hadapan

ByVanessa Anak Enjop

MIRI, 4 Sept: Persidangan Penyelidikan Komuniti dan Kelangsungan Globesync (Globescores 2024) selama dua hari berakhir hari ini berjaya menghimpunkan ahli akademik, pengamal industri dan pembuat dasar antarabangsa untuk membincangkan aspek kelestarian masa hadapan.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, forum berkenaan juga selaras dengan komitmen Kerajaan Sarawak terhadap inisiatif kelestarian.

“Ia menyediakan platform untuk perkongsian pengetahuan, menggalakkan kerjasama dan seterusnya memberi inspirasi untuk bertindak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam sempena persidangan berkenaan di sini hari ini.

Turut hadir Pemangku Pro Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif Curtin University Malaysia, Profesor Vincent Lee Chieng.

Bertemakan Merapatkan Jurang, Membina Masa Hadapan: Strategi Integratif untuk Pembangunan Mampan, forum anjuran universiti berkenaan menampilkan 10 penceramah dan ahli panel dalam dan luar negara.

Antaranya termasuklah Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, Profesor Dr Sarah Wamala Andersson dari Universiti Malardalens, Sweden dan Ketua Bahagian Sains, Kejuruteraan dan Pengajian Kesihatan, The Hong Kong Polytechnic University, Profesor Dr Ben Fong.

Sementara itu, Vincent berkata persidangan berkenaan merupakan manifestasi kepercayaan universiti tersebut terhadap dialog antara disiplin yang diyakini dapat memacu perubahan bermakna.

“Kita telah menyaksikan pertemuan idea dan kepakaran pelbagai pihak yang telah meletakkan asas untuk membina masa depan yang lebih adil dan lestari.

“Curtin University Malaysia telah berada di barisan hadapan dalam membangunkan strategi integratif untuk menangani cabaran tempatan dan global dan perbincangan pada forum ini memperkuat peranan kami sebagai hab inovasi kelestarian di rantau ini,” tambahnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan