Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Para pemenang Borneo Trail Classic 2024 merakam kenangan

Borneo Trail Classic 2024 promosikan pelancongan sukan Sarawak

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 4 Sept: Program Borneo Trail Classic 2024 edisi ketiga di Redeems Centre, Bau pada hujung minggu lepas berjaya memperkenalkan Sarawak sebagai antara destinasi pelancongan sukan menarik di Malaysia.

Menerusi kenyataan hari ini, acara tahunan itu turut menyajikan landskap hutan hujan Sarawak sepanjang Bahagian Kuching – Bau dengan menawarkan pelbagai kategori larian seperti 50K, 21K, 10K, dan 3K khas untuk kanak-kanak.

“Acara ini memberikan peluang istimewa kepada peminat larian ‘trail’ untuk menikmati pemandangan hutan hujan yang indah, menjadikannya pengalaman yang bukan sahaja mencabar namun menarik untuk semua yang terlibat,” catat kenyataan berkenaan.

Acara kali ini menampilkan Cabaran Keselamatan & Sekuriti (SAS), yang dianjurkan bersama Persatuan Sukan Dan Kebajikan Bomba Sarawak (PESKEBS) dengan melibatkan penyertaan daripada pelbagai agensi penguatkuasa, termasuk Jabatan Penjara, Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL) Kuching, dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, dan lain-lain.

Sementara itu, pihak menganjur turut merakamkan penghargaan kepada beberapa buah agensi kerajaan seperti Kementerian Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak serta Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) atas kerjasama sepanjang acara berlangsung.

“Termasuk Pullman Kuching, Ysandal Malaysia Cawangan Kuching, Bibo Car Rental, Tru Color, dan pengurusan tapak acara, Redeems Centre Bau.

“Penghargaan turut diberikan kepada para duta Borneo Trail Classic yang banyak membantu terutamanya daripada Filipina, Semenanjung Malaysia, dan ramai lagi,” ujar kenyataan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan