Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang akauntan di sini terpaksa menanggung kerugian hampir RM165,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sindiket menawarkan pakej pembayaran bil elektrik baru-baru ini. Foto hiasan Envato

Akauntan rugi RM164,903 ditipu sindiket diskaun bil elektrik

TAIPING, 4 Sept: Seorang akauntan menanggung kerugian hampir RM165,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sindiket menawarkan diskaun pembayaran bil elektrik baru-baru ini.

Mangsa lelaki berusia 62 tahun mula terjerat selepas berhubung melalui telefon dengan individu yang mendakwa kononnya dapat membantu menyelesaikan bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 8 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Nasir Ismail berkata, suspek menjanjikan diskaun sebanyak 35 peratus jika mangsa dapat mencari pelanggan yang ingin membuat pembayaran bil elektrik melaluinya.

“Oleh kerana percaya dengan tawaran itu, mangsa telah mencari pelanggan lain dengan menawarkan diskaun 10 peratus.

“Suspek kemudiannya meminta mangsa menghantar salinan bil elektrik melalui telefon sebelum dia menghantar gambar resit yang kononnya bayaran telah dijelaskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohamad Nasir, mangsa yang percaya suspek telah menyelesaikan bil-bil itu dan menyerahkan gambar salinan resit kepada pelanggannya.

“Dalam tempoh 8 Julai hingga 27 Ogos lalu, dia berjaya mencari 120 pelanggan yang bersetuju membuat pembayaran bil.

“Jumlah bayaran yang diterima daripada pelanggan-pelanggan mangsa adalah kira-kira RM207,000.

“Setelah ditolak keuntungan 35 peratus, dia telah membuat 11 kali transaksi pindahan wang ke dalam lima akaun bank berbeza sebanyak RM164,903 kepada suspek,” katanya lagi.

Ujarnya, mangsa akhirnya menyedari dia sebenarnya diperdaya selepas salah seorang pelanggan mendapat makluman daripada TNB yang mengatakan bahawa bil elektriknya masih tertunggak.

“Mangsa kemudiannya cuba menghubungi suspek, namun gagal dan talian telefon suspek juga tidak aktif.

“Dia akhirnya menyedari ditipu dan membuat laporan polis kelmarin,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan