Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi bakal menyempurnakan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak Tahun 2024 pada 16 September di Sri Aman.

Tun Dr Wan Junaidi, isteri serikan Hari Malaysia Peringkat Sarawak pada 16 Sept ini

SRI AMAN, 3 Sept: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi bakal menyempurnakan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak Tahun 2024 pada 16 September ini di Sri Aman.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata sambutan bertemakan ‘Malaysia Madani Jiwa Merdeka Segulai Sejalai’ itu mula membuka tirainya pada 14 Sept dengan majlis kesyukuran agama-agama lain anjuran Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

 

Roland merakam kenangan dengan poster sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak Tahun 2024 di Bilik Mesyuarat Wisma Sada di Sri Aman pada Selasa. Foto TVS

Roland menambah majlis kesyukuran untuk umat Islam pula diadakan di Masjid Bandar Sri Aman pada keesokkannya, 15 Sept yang merupakan antara empat acara utama sambutan anjuran Unit Protokol Istiadat Dan Pengurusan Acara Sarawak (UPPANS) itu.

“Tidak Lupa pada malam 14 September terdapat konsert rakyat di mana penyanyi-penyanyi yang popular akan menghibur semua pengunjung dan kemuncaknya 16 Sept kita akan mengadakan Majlis Perhimpunan Hari Malaysia Peringkat Sarawak 2024 di Stadium Tertutup Sri Aman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak Tahun 2024 di Bilik Mesyuarat Wisma Sada di Sri Aman pada Selasa.

Roland menambah, sambutan kali ini akan turut dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Dalam pada itu, beliau menyakini sambutan kali ini akan menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan rakyat Sarawak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan