Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto fail Nadim Bokhari (TVS)

Tingkat kapasiti universiti milik Sarawak, bangunkan modal insan

KUCHING, 3 Sept: Meningkatkan kapasiti universiti milik Sarawak antara usaha kerajaan negeri membangunkan modal insan, kata kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau, pembangunan berkenaan akan memberi impak positif terhadap bidang pendidikan di wilayah ini.

“Kita telah menjalankan beberapa iniasitif di bawah dasar kerajaan Sarawak untuk memajukan bidang pendidikan di wilayah ini.

“Kita amat prihatin terhadap pendidikan dan pembangunan modal insan. Dalam hal ini, kita bercadang hendak menyediakan pendidikan percuma kepada anak-anak Sarawak.

“Kita tambah baik institusi pendidikan yang ada di Sarawak bahkan kita jalinkan kerjasama untuk mempertingkatkan kapasiti universiti-universiti milik Sarawak,” kata beliau.

Abang Johari berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Timbalan Menteri Ultiliti dan Komunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi pada Majlis Perasmian Seminar Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Peringkat Sarawak 2024 di Dewan Kompleks Islam Kuching di sini, hari ini.

Tegasnya, inisiatif Kerajaan Sarawak juga bagi memastikan rakyat wilayah ini dapat menikmati kemakmuran dan kemajuan secara bersama.

Sehubungan itu, beliau mengakui Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) diwujudkan bagi menarik minat anak muda dalam melanjutkan pendidikan dalam bidang kemahiran.

“Kita menyediakan peluang-peluang untuk mendapatkan kemahiran dengan membina Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEX).

“Inilah antara yang menjadi penekanan kita dalam Kerajaan Sarawak bagi memastikan seluruh rakyat di Sarawak dapat menikmati kemakmuran dan kemajuan,” ujar beliau.

Sebelum ini, Kerajaan Sarawak telah memaklumkan lebih daripada 60 inisiatif diperkenalkan yang menjurus ke arah membela nasib dan mengangkat martabat rakyat.

Inisiatif merangkumi manifestasi dasar Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 dalam usaha membina Sarawak yang maju, makmur dan bertamadun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan