Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi hadir sebagai tetamu kehormat pada Majlis Pelancaran Affin Diventium Private Banking hari ini. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Sasar urus 250 akaun UHNWI menerusi Affin Diventium

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 3 Sept: Kumpulan Affin hari ini melancarkan Affin Diventium Private Banking yang merupakan perkhidmatan pengurusan aset dan perniagaan kepada individu yang memiliki kekayaan bersih sangat tinggi (UHNWI) kata Datuk Wan Razly Abdullah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFIN itu berkata, menerusinya bank perdagangan itu menyasarkan untuk menguruskan lebih 250 pelanggan UHNWI setahun selepas pelancarannya.

Sasar urus 250 akaun UHNWI menerusi Affin Diventium | TVS

“Jika lihat kejayaan AFFIN INVIKTA (segmen unggul bank untuk pelanggan mewah di Malaysia) yang uruskan lebih RM200 juta jumlah aset di bawah pengurusan (AUM), kami merasakan inilah waktunya untuk beralih kepada perbankan peribadi.

“Ia terbuka kepada sesiapa sahaja (sama ada rakyat Malaysia atau warga asing) yang memiliki aset boleh labur RM2 juta, boleh labur (kerana) anda merupakan segmen pelanggan dan kami akan memberikan perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran Affin Diventium Private Banking di Menara Affin, Tun Razak Exchange oleh Pengerusi Affin Bank, Dato Agil Natt di sini hari ini.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi hadir sebagai tetamu kehormat.

Tambah beliau, menerusi Affin Diventium, antara pengurusan yang ditawarkan termasuklah hartanah di London, kapal yard dan pembiayaan kereta mewah.

“Kami menyasarkan pelanggan sedia ada selain segmen pasaran baharu selain berharap dapat mencapai kejayaan sama seperti INVIKTA atau lebih baik,” ujarnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan