Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Perasmian Seminar Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Peringkat Sarawak 2024, hari ini. Foto TVS

Sarawak perkasa penguatkuasaan syariah, martabatkan syiar Islam

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 3 Sept: Kerajaan Sarawak komited memperkasakan agensi penguatkuasaan syariah seperti Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Pendakwaan dan Mahkamah Syariah dari semasa ke semasa.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, komitmen berkenaan bagi memastikan agensi terlibat melaksanakan tuntutan perundangan syariah selain memartabatkan syiar Islam.

Sarawak perkasa penguatkuasaan syariah dan pematuhan undang-undang | TVS

“Prinsip-prinsip undang-undang adalah untuk menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga keturunan (nasab), menjaga akal dan menjaga harta.

“Lima prinsip ini adalah relevan dengan Maqasid Syariah dan merupakan teras kepada perundangan dalam Islam. Dalam konteks ini, sistem perundangan Islam yang membolehkan umat Islam menjalani kehidupan berlandaskan tuntutan syariah,” kata beliau.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi Datuk Dr.Abdul Rahman Junaidi pada Majlis Perasmian Seminar Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Peringkat Sarawak 2024 di sini, hari ini.

Beliau turut mendedahkan, tuntutan syariah turut termasuk dalam hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang keluarga Islam, zakat, fitrah, sedekah, wakaf, baitulmal, jenayah syariah dan lain-lain.

Tambahnya lagi, dasar sedemikian direalisasikan dengan kerjasama seluruh rakyat Sarawak serta mematuhi undang-undang negara.

Untuk rekod Malaysia, mengamalkan undang-undang Islam seperti yang termaktub  dalam Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri-Negeri dan Akta, Ordinan serta Enakmen yang berkaitan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan