Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemimpin rohani Gereja Roman Katolik dan Ketua Negara Kota Vatican, Pope Francis tiba di lapangan terbang antarabangsa Soekarno-Hatta untuk lawatan tiga hari. Foto Jawatankuasa Lawatan Pope Francis

Pope Francis tiba di Jakarta untuk lawatan tiga hari

JAKARTA, 3 Sept: Pemimpin rohani Gereja Roman Katolik dan Ketua Negara Kota Vatican, Pope Francis tiba di lapangan terbang antarabangsa Soekarno-Hatta kira-kira jam 11.19 pagi waktu tempatan.

Tiba dengan pesawat khas, beliau akan memulakan perjalanan ke-45 ke luar negara ke Asia dan Oceania.

Menurut jurucakap jawatankuasa lawatan Pope di Indonesia Anthonius Gregorius, Pope dijangka melawat Jakarta selama tiga hari dengan beberapa agenda di sini.

“Pope Francis tiba di Jakarta hari ini dan akan memulakan pertemuannya dengan Presiden Joko Widodo di Istana Merdeka esok,” katanya.

Beliau mendedahkan bahawa pada hari berikutnya, Pope akan mengambil bahagian dalam mesyuarat antara agama di Masjid Istiqlal, masjid terbesar di Asia Tenggara dan kemudian bertemu penerima bantuan daripada pertubuhan amal di pejabat Persidangan Uskup Indonesia.

Pada sebelah petang hari yang sama, Pope akan mengetuai misa di Stadium Gelora Bung Karno, yang dijangka dihadiri lebih 82,000 umat Katolik di Indonesia.

Seramai 4,520 pasukan keselamatan iaitu anggota polis dan tentera dikerahkan bagi memastikan keselamatan sepanjang lawatan ini.

Pope Francis akan berlepas dan meneruskan perjalanannya pada Jumaat 6 September ke Papua New Guinea, Timor Leste, dan Singapura. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan