Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Foto Bernama

Polis mampu tangani elemen ekstremis dalam negara – Saifuddin Nasution

ByBernama

PUTRAJAYA, 3 Sept: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mampu menangani beberapa elemen ekstremis yang masih wujud di dalam negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau memberi jaminan walaupun terdapat petunjuk bahawa aktiviti itu sedang meningkat, PDRM berkeupayaan untuk mematahkannya.

“Apa pun keadaannya, yang paling penting ialah saya memberi jaminan bahawa pasukan polis berkemampuan untuk mengawalnya,” katanya ringkas pada sidang media selepas menghadiri majlis penutup Persidangan Keselamatan Dalam Negara di sini pada Isnin.

Terdahulu, dalam ucapannya pada persidangan itu, Saifuddin Nasution mendedahkan masih terdapat beberapa kumpulan di Malaysia yang percaya bahawa selagi kerajaan tidak mengamalkan fahaman Islam, kerajaan itu perlu ditentang.

“Ketua Polis Negara kerap memberikan input hampir setiap minggu tentang apa yang berlaku di lapangan.

“Jangan ingat kes Ulu Tiram itu kes terpencil, jangan anggap (mudah) tangkapan beberapa elemen Daesh, daripada pensyarah universiti hingga suri rumah serta pekerja sektor binaan … (elemen ekstremis) masih lagi berkembang, masih lagi wujud,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan