Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jaguh memanah para negara S Suresh akan menggunakan busur lama untuk beraksi dalam pusingan penyingkiran 1/16 acara recurve lelaki Sukan Paralimpik Paris 2024 di Invalides, di sini esok. Foto fail World Archery

Paris 2024: Suresh beraksi dengan busur lama esok

ByBernama

PARIS, 3 Sept: Jaguh memanah para negara S Suresh akan menggunakan busur lama untuk beraksi dalam pusingan penyingkiran 1/16 acara recurve lelaki Sukan Paralimpik Paris 2024 di Invalides, di sini esok.

Suresh dijadual berdepan wakil Amerika Syarikat Eric Bennett yang pernah ditewaskannya ketika muncul juara dunia 2019 di Belanda.

Pemanah berusia 31 tahun itu berkata keputusan menggunakan busur lama berikutan masih belum serasi dengan busur baharu yang direka khas hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) pusat kecemerlangan Institut Sukan Negara (ISN), yang diterimanya Jun lepas.

“Sebenarnya saya sudah cuba (busur baharu) namun tidak sesuai. Jadi terpaksa tukar balik kepada yang asal.

“Busur baharu boleh beri impak kepada saya tapi ia akan mengambil masa, saya tak dapat sesuaikan diri lagi dalam masa singkat sebegini. Sudah bincang dengan jurulatih (untuk) gunakan yang lama,” katanya ketika ditemui di sini.

Khamis lepas, Suresh menamatkan pusingan ranking dengan kedudukan ke-12 selepas mencatatkan 625 mata dan memperbaharui catatan musim terbaiknya iaitu 596 mata dilakukan pada saingan Ranking Memanah Para Dunia di Republik Czech, Jun lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan