Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto menunjukkan pasukan TLDM melaksanakan latihan pertahanan di perairan negara. Foto, Bernama.

Pangkalan TLDM di Bintulu jaga keselamatan Sarawak – Abdul Karim

KUCHING, 3 Sept: Kelulusan pembangunan pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang baharu iaitu Markas Wilayah Laut 4 (MAWILLA 4) di Bintulu dilihat sebagai keputusan tepat demi kepentingan Sarawak, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak berkata, ini kerana Bintulu merupakan kawasan yang strategik serta berdekatan dengan Lapangan Gas Kasawari dan Beting Patinggi Ali di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia di Laut China Selatan.

Tambah beliau, pembinaan MAWILLA 4 di Bintulu juga penting untuk menjaga keselamatan Sarawak membabitkan kawasan pesisir pantai dan laut.

“(Ia juga melibatkan kawasan) sempadan negara dan udara (yang perlu) sentiasa berada dalam keadaan kesiapsiagaan daripada sebarang ancaman.

“Oleh itu, melihat kepentingan strategik Bintulu dan Sarawak, kita memerlukan perlindungan yang baik untuk tempat itu,” katanya.

Abdul Karim baru – baru ini menggesa Kerajaan Persekutuan menyegerakan penempatan pangkalan TLDM di Sarawak untuk menjamin kedaulatan perairan negara, terutama dalam menghadapi konflik dan tuntutan wilayah di Laut China Selatan.

Beliau turut dilaporkan berkata gesaan itu turut mengambil kira perkara yang akan berlaku dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang khususnya membabitkan keselamatan perairan negara sukar dijangka.

Sementara itu Abdul Karim berkata, majoriti kawasan pantai dan pelantar di Bintulu atau Sarawak merupakan kawasan sumber gas wilayah ini.

“(Selain itu terdapat sumber) minyak kita dan banyak lagi serta hidupan marin yang perlu dilindungi dengan baik,” katanya.

Terdahulu, Abdul Karim hadir pada Majlis Perasmian Festival What About Kuching (WAK) 2024 edisi Ke-6 di sebuah hotel di sini hari ini. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan