Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nicol berkata beliau kagum dengan semangat juang atlet para itu yang meraih tempat keempat pada perlawanan akhir boccia individu wanita BC4 (kecacatan fizikal) semalam. Foto Majlis Sukan Negara Malaysia (FB)

Nicol kagum aksi Noor Askuzaimey di Paris

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Sept: Meskipun menamatkan Sukan Paralimpik Paris 2024 hanya selangkah daripada kedudukan podium, pencapaian pemain boccia kebangsaan Noor Askuzaimey Mat Salim meraih perhatian legenda skuasy negara Datuk Nicol Ann David.

Nicol berkata beliau kagum dengan semangat juang atlet para itu yang meraih tempat keempat pada perlawanan akhir boccia individu wanita BC4 (kecacatan fizikal) semalam.

Kebangkitan dramatik Abdul Razzaq-Noor Askuzaimey atasi gandingan Ukraine

“Saya ingat saya beritahu dia – anda hebat hanya dengan mewakili negara…lakukan yang terbaik dan anda akan baik-baik sahaja kerana anda kuat dan bertenaga…terima kasih kerana memberi inspirasi kepada saya dengan menonton anda berjuang bermati-matian,” katanya dalam perkongsian di Facebook yang didedikasikan buat Noor Askuzaimey hari ini.

Semalam, harapan Noor Askuzaimey untuk menghadiahkan pingat pertama untuk Malaysia pada Sukan Paralimpik Paris musnah selepas ditewaskan pemain Colombia, Leidy Chica 7-1 dalam perlawanan penentuan gangsa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan