Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bandar utama Taipei, Taiwan. Foto Adlina Rahman (TVS)

Masjid, restoran halal di Taiwan curi perhatian pelancong Malaysia

ByAdlina Rahman

KUCHING, 3 Sept: Kemudahan rumah ibadat seperti surau dan masjid selain restoran yang memiliki sijil halal yang banyak di sekitar Taiwan merupakan daya penarik pelancong Malaysia mengunjungi ke Republik itu.

Seiring dengan konsep sektor pelancongannya ‘Taiwan mesra muslim’, perkara itu diakui Nurbaya Abdul Rezak sambil mendedahkan pengalaman pertama kali menjejakkan kaki ke negara itu tidak akan dilupakan.

Menurutnya, kunjungan ke negara itu tidak mengecewakan kerana akses kepada beribadah sangat mudah.

“Bagi seorang Muslim, tempat yang selesa untuk menunaikan solat amat penting dan republik ini tidak mengecewakan kerana di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan ada disediakan bilik atau ruangan itu.

“Beberapa tempat pelancongan juga ada disediakan fasiliti atau kemudahan buat pelancong beragama Islam,” katanya ketika ditemui TVS di Taiwan baru-baru ini.

Taipei Grand Mosque di daerah Da’an di Taiwan. Foto Adlina Rahman (TVS)

Turut senada, Solehah Anuar berpuas hati sepanjang berada di negara itu berikutan kebimbangan utama bagi dirinya yang beragama Islam ketika melancong adalah untuk mencari makanan yang diyakini halal.

“Secara keseluruhan dan berdasarkan perjalanan, saya merasakan Taiwan adalah sebuah negara yang mesra Muslim. Selain daripada semua restoran Halal yang mereka bawa kepada kami yang merupakan antara kebimbangan utama saya sebagai seorang Muslim, saya tidak boleh berhenti di sana dengan Taiwan.

“Sudah tentu, saya merasakan makanannya sangat mengagumkan terutamanya Mee daging lembu,” ujarnya.

Logo halal yang dipamerkan di luar premis restoran di Taiwan. Foto Adlina Rahman (TVS)

Tambahnya, rakyat Republik itu juga bersikap mesra pelancong serta ringan tangan membantu pengunjung tanpa mengira latar belakang, rupa fizikal serta agama.

Untuk rekod, berdasarkan Indeks Pelancongan Muslim Global MasterCard-CrescentRating 2022, Taiwan menduduki tempat kedua di dunia dalam menyediakan persekitaran pelancongan mesra Muslim dalam kalangan destinasi bukan Organisasi Kerjasama Islam (OIC).

Ia turut diiktiraf sebagai ‘Destinasi Inklusif Tahunan (bukan OIC)’ (Inclusive Destination of The Year (non-OIC) dalam kategori “Anugerah Halal dalam Pelancongan 2022”(Halal in Travel Awards 2022) yang dianjurkan oleh CrescentRating. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan