Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Khairul Aming ajar PM New Zealand masak Roti Jala, perkenal sarapan pagi Malaysia. Foto Khairul Aming (X)

Khairul Aming ajar PM New Zealand masak roti jala

ByMuqri Aziz

KUCHING, 3 Sept: Pempengaruh yang juga usahawan terkenal, Khairul Aming hari ini mencuri perhatian pengguna media sosial apabila berkongsi videonya mengajar Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon memasak roti jala.

Menerusi hantaran di X, Khairul Aming berkata dia juga memperkenalkan menu sarapan popular Malaysia seperti nasi lemak, kuih muih, teh tarik dan selain menu pencuci mulut, cendol kepada Luxon.

Khairul Aming berkata, Perdana Menteri New Zealand itu turut berterima kasih kepadanya yang baru – baru ini berkongsi video memasak ketika dia melawat negara itu.

“Saya mengambil kesempatan untuk memperkenalkan makanan dan minuman sarapan pagi Malaysia sambil bertukar pendapat mengenai pelancongan antara Malaysia dan New Zealand, eksport perdagangan daging dan tenusu, pemeliharaan alam semula jadi serta potensi mengeskport produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan ke New Zealand,” tulisnya.

Tambahnya, dia amat berterima kasih kepada Kedutaan New Zealand di Malaysia kerana mengatur pertemuaan mereka di Restoran Hidang KL di ibu negara.

Kongsi Khairul, dia tidak menyangka berpeluang mengadakan perbincangan dengan pemimpin utama Negara Kiwi itu.

“Lapan tahun lalu, saya merakam video memasak pertama dengan duduk di atas lantai.

“Hari ini, saya cukup bertuah kerana dapat duduk di sebelah Perdana Menteri dari sebuah negara yang terkenal,” katanya lagi.

Luxon sedang dalam rangka lawatan rasmi selama tiga hari di Malaysia. – TVS.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan