Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet para negara, Abdul Razzaq Abdul Rahman dan Noor Askuzaimey Mat Salim menampilkan persembahan cemerlang mengatasi Artem Kolinko-Nataliia Konenko dari Ukraine untuk menghidupkan peluang mara ke suku akhir beregu campuran BC4 (kecacatan fizikal) pada Sukan Paralimpik Paris 2024 di sini, hari ini. Foto Majlis Sukan Negara Malaysia (FB)

Kebangkitan dramatik Abdul Razzaq-Noor Askuzaimey atasi gandingan Ukraine

ByBernama

PARIS, 3 Sept: Atlet para negara, Abdul Razzaq Abdul Rahman dan Noor Askuzaimey Mat Salim menampilkan persembahan cemerlang mengatasi Artem Kolinko-Nataliia Konenko dari Ukraine untuk menghidupkan peluang mara ke suku akhir beregu campuran BC4 (kecacatan fizikal) pada Sukan Paralimpik Paris 2024 di sini, hari ini.

Bertempat di South Paris Arena 1, pasangan negara bermula hambar apabila ketinggalan 0-3 pada end pertama sebelum bangkit untuk menang bergaya 4-0 pada end kedua dan seterusnya mengesahkan kemenangan 5-4 dalam keseluruhan empat end bagi aksi Kumpulan A.

Keputusan itu menyaksikan mereka berjaya menebus kekalahan 2-5 kepada Edilson Chica-Leidy Chica dari Colombia pada saingan pertama Kumpulan A pagi tadi.

Hanya dua pasangan teratas setiap kumpulan layak ke suku akhir esok.

Bercakap kepada Bernama selepas perlawanan, Abdul Razzaq bersyukur dapat menyerap tekanan ketinggalan di end pertama ketika menentang pasangan Ukraine itu dan selepas kekalahan kepada gandingan Colombia.

“Kami memang tidak fikir banyak tadi, hanya nikmati permainan,” katanya.

Sementara itu, jurulatih boccia negara Raja Zahrule Azhar Raja Khairul Anwar berkata anak buahnya akan dapat ke peringkat seterusnya jika gandingan Colombia menewaskan Ukraine dalam perlawanan tengah malam ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan