Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Ustaz Mual Suaud ditemui pemberita selepas Wacana Hijrah 1446H di Kuching pada Isnin. Foto TVS

JAIS sektor awam pertama diiktiraf ‘Business Excellence’ MPC

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 3 Sept: Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) tampil sebagai organisasi sektor awam pertama diiktiraf ‘Business Excellence (BE)’ oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sarawak.

Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak, Mual Suaud mengumumkan perkara itu pada Majlis Perasmian Seminar Penguatkuasaan undang-undang Syariah Peringkat Sarawak 2024, di sini pada Selasa.

“Rangka kerja sistem pengurusan komprehensif yang dikenali sebagai Malaysia Business Excellence Framework (MBEF) ini kebiasaannya diamalkan oleh ‘Government Linked Companies (GLC).

“Namun, JAIS Sarawak adalah jabatan pertama, agensi kerajaan yang telah mendapat pengikitrafan, dengan mendapat markah 600 lebih, jadi kita berusaha supaya mendapat 800 lebih untuk memastikan perkhidmatan Jabatan Agama Islam Sarawak dapat mendapat standard antarabangsa pula,” katannya.

Inisiatif BE merupakan pendekatan praktikal dan holistik untuk mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pengurusan organisasi yang berpaksikan kepada peningkatan produktiviti organisasi yang berimpak tinggi.

Seminar Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah dijenama semula sebagai Wacana Penguatkuasaan Perundangan Syariah yang diadakan sejak 2022 di Miri, diikuti siri keduanya di Lawas dan seterusnya di Sibu pada 2023.

Wacana kali ini menampilkan para pembentang yang berkaliber serta pakar dalam bidang masing-masing terutama berkaitan akidah, undang-undang dan berpengalaman dalam bidang penguatkuasaan undang-undang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan