Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Mual Suaud ketika berucap pada Seminar Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Peringkat Sarawak 2024 di Dewan Kompleks Islam Kuching, hari ini. Foto TVS

JAIS dorong pendekatan digitalisasi melalui KISWA

ByWilly Jali

KUCHING, 3 Sept: Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) mengaplikasikan pendekatan digitalisasi dengan mewujudkan Sistem Khidmat Islam Sarawak (KISWA) untuk memudahkan masyarakat Islam dalam urusan Jabatan Agama dalam talian dan bagi mengisi maklumat pangkalan data.

Pengarah JAIS, Mual Suaud berkata, pihak JAIS komited untuk mengaplikasikan sepenuhnya penggunaan internet dalam perkhidmatan sejajar dengan inisiatif Kerajaan Sarawak ke arah ekonomi digital.

“Pihak JAIS berterusan untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat dan menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien melalui pendekatan digitalisasi dalam melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) kami.

“Banyak program-program tentang digitalisasi ini telah dijalankan oleh pihak jabatan kami (JAIS) terutama dalam permohonan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Seminar Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Peringkat Sarawak 2024 di Dewan Kompleks Islam Kuching di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan bahawa pihak JAIS juga telah mewujudkan KISWA bagi memudahkan serta meningkatkan servis perkhidmatan JAIS.

“KISWA memudahkan masyarakat. Ia boleh dibuat secara dalam talian dengan jabatan agama. Selain itu, kita juga mengikuti perkembangan semasa selagi memenuhi keperluan kerajaan negeri Sarawak,” ujarnya.

Sebelum ini, pihak JAIS dengan bantuan pihak SAINS telah mewujudkan satu sistem aduan secara dalam talian yang dikenali sebagai Aduan Kesalahan Syariah dan dijangka akan dijalankan sepenuhnya pada pertengahan tahun
2025.

Kaedah ini dibuat sebagai satu pilihan kepada orang awam untuk membuat aduan bagi memudahkan mereka membuat aduan kesalahan syariah ke JAIS dengan cepat dan efektif.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan