Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Temenggong Kueh Aik Seng (dua kanan) dan tetamu khas ketika menyertai Program Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 peringkat Bahagian Sri Aman 2024 di Taman Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman. Foto TVS

Generasi muda harus hormati tiga tarikh penting sejarah negara

SRI AMAN, 3 Sept: Generasi muda perlu mengingati dan menghormati tiga tarikh penting sejarah negara.

Ketua Masyarakat Cina Sri Aman, Temenggung Kueh Aik Seng berkata, tiga tarikh sejarah penting yang perlu dihormati ialah 31 Ogos, 16 September dan 22 Julai.

“Semenjak kebelakangan ini, sering dipersoalkan kewajaran Sarawak menyambut Hari Kebangsaan pada setiap 31 Ogos.

“Ini kerana tarikh itu adalah Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu,” katanya.

Katanya, lantaran itu disarankan bahawa 22 Julai dan 16 September merupakan tarikh yang lebih signifikan untuk diraikan di Sarawak berbanding 31 Ogos

Realitinya, katanya, 31 Ogos telah diisytihar sejak 1957 sebagai Hari Kebangsaan dan tidak diubah ketika Persekutuan Malaysia mula dibentuk pada 1963 Gagasan Pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

“Pembentukan Persekutuan Malaysia telah dirancang berlangsung pada 31 Ogos 1963 namun beberapa kekangan tertentu telah menyebabkan tarikh itu ditunda kepada 16 September tahun yang sama.

“Oleh itu, tiga tarikh bersejarah ini patut diraikan bagi menyedarkan generasi muda tentang realiti sejarah dan kepayahan pemimpin terdahulu membentuk sebuah negara bangsa yang merdeka sehingga sekarang,” katanya.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan