Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Festival WAK 2024 platform anak muda ekspresi bakat seni

KUCHING, 3 September: Festival What About Kuching (WAK) 2024 edisi keenam pada Oktober depan menjadi platform bagi golongan muda mengekspresikan bakat mereka dalam pelbagai cabang seni.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, golongan itu juga berpeluang menggilap potensi dan kemahiran masing-masing sepanjang festival yang berlangsung selama sebulan itu.

Abdul Karim menyifatkan Festival WAK 2024 menjadi agen penyatuan semua lapisan masyarakat di Bandaraya ini menerusi pelbagai aktiviti menarik yang dirancang sejak bulan lepas.

“Kita tahu bahawa ramai remaja ini mempunyai bakat yang luar biasa jadi sinilah salah satu platform yang boleh kita gunakan untuk mengambil bakat itu.

“Ada platform selama satu bulan untuk mereka persembahkan dan dari pengalaman itu, ia mungkin membawa mereka lebih tinggi dengan bakat dan kemahiran yang mereka ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Festival What About Kuching (WAK) 2024 edisi Ke-6 di The Borneo Hotel di Kuching pada Selasa.

Kali ini, WAK 2024 menjanjikan satu lagi pengalaman menarik untuk para pengunjung dengan 233 acara harian yang merangkumi muzik, tarian, teater, seni, kraf, gastronomi dan banyak lagi.

Untuk rekod, pada tahun lepas, Festival What About Kuching (WAK) 2023 telah menerima seramai 300,000 pengunjung selama sebulan penganjurannya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan