Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri menyerikan majlis persandingan anakanda Sultan Pahang. Foto Astana Negeri Sarawak

Tun Wan Junaidi, isteri hadir majlis persandingan puteri Sultan Pahang

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 2 Sept: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi hadir ke Majlis Persandingan puteri Sultan Pahang iaitu Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah dengan pasangannya FD Idzham Datuk Seri FD Iskandar pada Ahad.

Pada majlis yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara itu, Tun Dr Wan Junaidi dan isteri berkesempatan bertemu Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj serta Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Majlis resepsi itu turut diserikan dengan persembahan artis terkenal tanah air iaitu Datuk Sheila Majid.

Selain itu, turut ditampilkan tayangan gambar kenangan sewaktu Tengku Afzan dan FD Idzham masih kecil.

Hadir sama pada majlis itu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Pada Khamis, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan pasangan, Fd Idzham Fd Iskandar selamat diijabkabul  dalam majlis istiadat akad nikah yang berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Pahang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan