Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Taiwan pada 23 April 2024 menunjukkan hotel yang sebelum ini rosak dalam gempa bumi 3 April selepas beberapa siri gempa bumi semalaman di Hualien. Foto file AFP

Taiwan dilanda gempa bumi 5.5 magnitud

ByBernama

TAIPEI, 2 Sept: Gempa bumi berukuran 5.5 magnitud melanda kawasan pantai di Daerah Hualien, timur Taiwan pada 4.26 petang Isnin, menurut Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA), seperti dilaporkan oleh Agensi Berita Pusat (CNA) .

Pusat gempa terletak di laut, 8.5 kilometer (km) tenggara Dewan Daerah Hualien, pada kedalaman 23.9km, berdasarkan data CWA.

Keamatan gempa bumi, yang mengukur kesan sebenar kejadian seismik, adalah tertinggi di Hualien dan sebahagian Nantou, yang mencatatkan 4 pada skala keamatan 7 peringkat Taiwan.

Gempa itu juga mengukur 3 di bahagian Yilan, Taichung dan Changhua, menurut data CWA.

Tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kecederaan berikutan gempa itu, yang menurut CWA merupakan gempa susulan daripada gempa bumi berukuran 7.2 magnitud yang menggegarkan kawasan Hualien pada 3 April lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan