Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abdul Karim ketika sidang media SIBOFest 2024 bertempat di Bangunan Baitulmakmur II, Petra Jaya pada Isnin. Foto TVS

SIBOFest himpunkan pemuzik tempatan, antarabangsa

ByMadeline Dugat

KUCHING, 2 Sept: Festival Band dan Orkestra Antarabangsa Sarawak (SIBOFest) 2024 akan dilangsungkan buat julung kalinya dengan menghimpunkan pemuzik tempatan dan antarabangsa.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, bertemakan muzik, budaya dan persahabatan, lebih 200 peserta dan 15 tutor menyertai festival tersebut.

SIBOFest himpunkan pemuzik tempatan, antarabangsa | TVS

Menurutnya, peserta terlibat datang dari Malaysia, Singapura dan Jepun termasuk 60 peserta daripada pancaragam sekolah menengah terkemuka di Jepun iaitu Aikodai Meiden High School Symphonic Band.

Tambahnya, ia mencerminkan komitmen kerajaan bukan sahaja memupuk kecemerlangan muzik tetapi mempromosikan kepelbagaian budaya dan merapatkan hubungan melalui muzik.

“Acara ini menawarkan gabungan aktiviti berbeza yang membolehkan pelawat melibatkan diri dalam latihan muzik profesional dan pengalaman tempatan yang terdiri daripada muzik tradisional hingga masakan asli.

“Sehubungan itu, festival ini memberikan manfaat kepada ekonomi dengan menarik pelancong, mempromosikan perniagaan tempatan dan meningkatkan reputasi Sarawak sebagai destinasi budaya di persada antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Festival Band dan Orkestra Antarabangsa Sarawak (SIBOFest) 2024 bertempat di Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya, disini hari ini.

Selain itu menurutnya, Bengkel Komuniti Kamek dan sesi Kembara Borneo diadakan bertujuan mendedahkan kepada peserta serta komuniti tempatan mengenai penyediaan makanan tempatan selain mempersembahkan tarian tradisional.

Tambahnya, Konsert Gala Akhir akan mempamerkan pemuzik tempatan dan antarabangsa iaitu At Adau, The Band Lab, serta Aikodai Meiden High School Symphonic Band yang memenangi pelbagai anugerah dari Jepun.

“Satu lagi acara kemuncak (Konsert Gala Akhir) ialah tayangan perdana dunia lagu tema SIBOFest 2024, Cat on the Waterfront yang digubah komposer Jepun berusia 20 tahun, Keigo Makino.

“Gubahan ini unik kerana komposer asing dan pemuzik tempatan berdasarkan motif daripada lagu Dayak, Bampa Lale Ame Tuyang,” ujarnya.

Festival Band & Orkestra Antarabangsa Sarawak (SIBOFest) 2024 disokong Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) di bawah Dana Mudahcara Warisan Kesenian dan Kebudayaan Sarawak.

SIBOFest bakal berlangsung selama empat hari dari 17 hingga 19 September di Lodge Secondary School dan 20 September bertempat di The Waterfront Hotel Kuching. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan