Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Lo Khere Chiang (tengah) merasmikan Pertandingan Tarian 'Be A Star' 2024 di Hikmah Exchange, Kuching pada Ahad. Foto TVS

Pertandingan tarian ‘Be A Star’ pupuk semangat perpaduan dalam kalangan peserta

KUCHING, 2 Sept: Seni muzik moden dan kreatif diketengahkan dalam pop-Korea (K-pop) menerusi Konsert Pertandingan Tarian ‘Be A Star’ 2024 mampu memupuk semangat perpaduan dan menjadi perantara penyatuan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang berkata pertandingan tarian K-pop yang membabitkan peserta berbilang bangsa itu merupakan satu bukti bahawa irama muzik dan tarian berupaya menyatukan orang ramai.

Katanya, pertandingan tersebut telah menerima sambutan penyertaan daripada masyarakat dari seluruh Malaysia dan terdapat juga penyertaan dari Indonesia.

“Hari ini, kita meraikan lebih daripada sekadar pertandingan kerana kami meraikan semangat perpaduan, kreativiti dan semangat luar biasa yang diwakili oleh peserta pertandingan tarian K-pop.

“Acara ini adalah bukti kuasa muzik dan tarian dalam menyatukan orang ramai, merentasi sempadan, bangsa, agama, bahasa dan mencipta pengalaman yang dikongsi,” katanya berucap ketika Konsert Pertandingan Tarian ‘Be A Star’ 2024 di sini pada Ahad.

Tambahnya kehadiran juri-juri daripada Korea, Thailand dan Indonesia dalam pertandingan tersebut membawa kepakaran K-pop amat penting dalam memastikan bakat serta potensi peserta dapat dikenal pasti selain mampu melahirkan bintang baharu.

Ujarnya lagi, generasi muda yang berminat untuk terlibat di dalam industri ini digalakkan untuk meneruskan usaha dengan tekad serta semangat bagi menempuhi cabaran serta mengambil peluang yang ada bagi meraih kejayaan menjadi seorang bintang.

Pertandingan tarian K-pop dimenangi oleh Lunaire, tempat kedua dimenangi Majority Crew dan tempat ketiga dimenangi Max Imperium.

Manakala kostum popular dimenangi Justeen dan Kostum terbaik dimenangi Marshmallow. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan