Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin melawat ke lot tanaman yang dihasilkan di TKPM Kabuloh Miri, hari ini. Foto Salasiah Safian (TVS)

Penggunaan teknologi dalam pertanian berjaya tarik golongan muda

BySalasiah Safian

MIRI, 2 Sept: Penggunaan teknologi dalam bidang pertanian berjaya menarik penglibatan golongan muda, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pesuruhjaya Banci Pertanian berkata, Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Kabuloh Miri menerima penyertaan daripada mereka yang berumur 40 tahun ke bawah melibatkan diri dalam bidang pertanian.

“Ini antara perkara, penemuan awal yang kita temui di seluruh negara dan apa yang kita boleh lihat penggunaan teknologi amat membantu.

“Kita tahu anak-anak mudalah yang biasanya agak mahir menggunakan teknologi dron, untuk pembajaan, menabur racun dan sebagainya,” katanya ketika ditemui media selepas melakukan lawatan kerja rasmi di sini, hari ini.

Menurutnya lagi dengan pembabitan ramai belia dalam sektor pertanian akan turut menyumbang terhadap pembangunan sosioekonomi.

Selain dapat menarik minat golongan muda, penggunaan teknologi dalam pertanian juga akan meningkatkan produktiviti sekali gus meningkatkan hasil pertanian.

Akhirnya peningkatan hasil pertanian akan memberi kestabilan harga kepada pengguna.

Banci Pertanian 2024 dilakukan bermula 7 Julai dan akan berakhir pada 10 Oktober ini.

Ia merupakan banci keempat yang dilaksanakan di Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan