Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelabur asing menjadi pembeli bersih ekuiti di Malaysia bernilai RM1.50 bilion untuk minggu ketiga berturut-turut. Foto hiasan Envato

Pelabur asing beli ekuiti bernilai RM1.5 bilion minggu lalu, tertinggi sejak Mac 2016

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Sept: Pelabur asing menjadi pembeli bersih ekuiti di Malaysia bernilai RM1.50 bilion untuk minggu ketiga berturut-turut, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).

Dalam laporan aliran dana untuk minggu berakhir 30 Ogos, 2024, MIDF berkata pelabur asing membeli setiap hari pada minggu lalu, mencatatkan jumlah pembelian bersih mingguan tertinggi setakat tahun ini dan yang tertinggi sejak minggu berakhir 18 Mac, 2016.

Tiga sektor utama yang jadi pilihan ialah perkhidmatan kewangan bernilai RM1.30 bilion, utiliti (RM259.7 juta) dan pembinaan (RM88.7 juta).

“Pelabur asing ini menjadi penjual bersih dalam sektor teknologi (–RM60.4 juta), pengangkutan dan logistik (–RM57.2 juta) serta perkhidmatan dan produk industri (–RM41 juta),” kata laporan itu.

Sementara itu, institusi tempatan menjual bersih sebanyak –RM1.26 bilion pada minggu lalu, jumlah tertinggi sejak minggu berakhir 4 Mac, 2022.

MIDF berkata mereka membeli sebanyak RM13.9 juta pada Isnin tetapi menjual dari Selasa hingga Jumaat.

Begitu juga dengan peruncit tempatan yang menjual untuk minggu kedua berturut-turut sebanyak –RM245.4 juta. Mereka hanya membeli ekuiti bernilai RM26.3 juta pada Khamis.

Bagi dagangan harian pula, secara purata meningkat +49.9 peratus dalam kalangan pelabur asing manakala institusi tempatan dan peruncit tempatan masing-masing mencatatkan penurunan –0.4 peratus dan –2.8 peratus.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan