Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hanifah bergambar dengan Bengkel Pengukuhan Urusan Parlimen Kementerian Ekonomi 2024.

Peka terhadap keperluan pembangunan negara

KUALA LUMPUR, 2 Sept: Setiap pegawai kerajaan perlu sentiasa peka terhadap perkembangan pembangunan negara tidak kira di bawah pelaksanaan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, ini kerana terdapat pertindihan dalam inisiatif yang dilaksanakan kedua-dua pihak.

“Adalah lebih baik tindakan sewajarnya diambil untuk melengkapi dan menambah baik terutama di kawasan yang ketinggalan dalam aspek pembangunan.

“Sebagai contoh, pembangunan ekonomi hijau tidak setara kerana pelaksanaannya berbeza menyebabkan ekosistem sokongan tidak lengkap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Bengkel Pengukuhan Urusan Parlimen Kementerian Ekonomi 2024, di sini, hari ini.

Menurutnya, rakyat sekarang mempunyai kehendak dan keperluan berbeza sekali gus memerlukan pendekatan lebih dinamik.

“Seperti yang lihat di Mukah, kawasan ini sangat memerlukan hospital lengkap dengan kemudahan dan perkhidmatan terbaik manakala Kota Marudu di Sabah masih berdepan masalah bekalan air bersih,” ujarnya.

Bagaimanapun menurutnya, masih terdapat kawasan yang masih mahu mengekalkan gaya kehidupan tradisonal.

Sementara itu, peserta bengkel berkenaan didedahkan dengan kaedah penyediaan jawapan atau teks penggulungan yang diperlukan menteri atau timbalan menteri.

Ia juga untuk memastikan maklumat dan data adalah tepat kerana Persidangan Dewan Rakyat disiarkan secara langsung di pelbagai saluran media.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan