Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi SAR turut disertai 80 penduduk kampung. Foto PGOB Sarawak

Operasi pencarian warga emas ditangguh

MUKAH, 2 Sept: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang hilang dalam tragedi pelanggaran bot di Sungai Oya ditangguhkan petang tadi.

Mangsa dikenali Dos Katiek berusia 79 tahun berasal dari Kampung Klid Dalat.

Komander Operasi, Azman Hanapis berkata, operasi pencarian dilakukan di permukaan air menggunakan bot penyelamat dalam lingkungan radius satu kilometer ( km) ke hilir sungai di lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

“Kedalaman air kira-kira enam meter dan keadaan air keruh.

“Bagaimanapun operasi yang turut disertai 80 penduduk kampung ditangguhkan petang tadi dan akan disambung semula esok….Mangsa masih belum dijumpai,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Insiden kira -kira jam 9.30 pagi itu dipercayai berlaku di kawasan antara Kampung Sua dan Kampung Klid Oya.

“Difahamkan mangsa terkena bahagian hadapan bot laju dan menyebabkannya terjatuh ke dalam sungai,” katanya.

Pihak bomba menerima panggilan kejadian itu pada jam 9.42 pagi sebelum mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi untuk melakukan pencarian.

“Perjalanan ke lokasi itu, mengambil masa dalam sejam 30 minit menggunakan laluan sungai.

“Pencarian sedang giat dilakukan dan setakat ini mangsa belum ditemui,” ujarnya. -TVS

Tags: bot, SAR, tragedi

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan