Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) yang terakhir mewajibkan syarikat penerbangan mesti mengeluarkan bayaran balik kepada pengguna mengikut kaedah pembayaran asal dalam tempoh 30 hari. Foto hiasan Envato

Mavcom: Syarikat penerbangan perlu bayar balik dalam 30 hari ikut mod pembayaran asal

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Sept: Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) yang terakhir mewajibkan syarikat penerbangan mesti mengeluarkan bayaran balik kepada pengguna mengikut kaedah pembayaran asal dalam tempoh 30 hari.

Pengarah Pengguna dan Hal Ehwal Awam Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), Pushpalatha Subramaniam menjelaskan pengguna juga berhak mendapat bayaran balik untuk caj yuran karbon jika ini dikenakan oleh syarikat penerbangan.

“Setakat ini, hanya Malaysia Airlines yang telah memulakan program pengimbangan karbon sukarela, yang mana, dalam kes kelewatan atau pembatalan penerbangan, pengguna berhak untuk menerima bayaran balik,” katanya semasa sesi soal jawab yang diadakan sempena taklimat pindaan MACPC hari ini.

Beliau ketika mengulas mengenai yuran karbon mengulangi Mavcom tidak mengawal perkara ini, serta terpulang kepada syarikat penerbangan untuk memutuskan sama ada akan mengenakannya dan enentukan nilainya.

“Syarikat penerbangan lain boleh mengenakannya juga, tetapi dalam kes yang mana syarikat penerbangan mengenakan bayaran karbon, pengguna dengan tiket yang boleh dikembalikan atau tidak boleh dikembalikan sewajarnya mendapat bayaran balik. Ini adalah tambahan kepada bayaran balik mandatori lain, seperti surcaj bahan api, cukai, yuran termasuk caj seperti levi perlepasan dan caj perkhidmatan penumpang,” tambahnya.

Menyentuh mengenai situasi baru-baru ini yang membabitkan penerbangan Malaysia Airlines ke Seoul, Pushpalatha mengesahkan penumpang berhak mendapat bayaran balik di bawah MACPC terkini.

Dilaporkan, penerbangan Malaysia Airlines ke Lapangan Terbang Incheon di Seoul, Korea Selatan, terpaksa berpatah balik sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau ketika menjawab soalan mengenai implikasi pembubaran Mavcom dan penggabungan dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia di MACPC, memberitahu bahawa proses yang sedang berjalan tidak akan menjejaskan MACPC. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan