Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sejumlah dadah jenis methamphetamine anggaran berat 6.33 gram bernilai RM696 dirampas. Foto IPD Miri

Lelaki edar dadah di Miri diberkas

MIRI, 2 Sept: Seorang lelaki diberkas kerana terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di Bahagian Miri

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Miri melakukan pemeriksaan dan serbuan terhadap sebuah bilik sewa di kawasan Sungai Baong pada 31 Ogos lalu.

“Hasil pemeriksaan dan serbuan, pihak polis menahan seorang lelaki.

“Sejumlah dadah jenis methamphetamine anggaran berat 6.33 gram bernilai RM696 dirampas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya,suspek ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun penjara tetapi tidak lebih lima tahun dan diwajibkan sebatan rotan antara tiga hingga sembilan kali sebatan,” tegasnya.

Polis Daerah Miri menasihatkan masyarakat terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka untuk segera melaporkannya di mana-mana Balai Polis berhampiran agar aktiviti tersebut dapat dibendung dan dibanteras bersama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan