Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berkata, serangan udara Israel ke atas sebuah sekolah menjadi tempat perlindungan di Gaza membunuh enam kakitangan agensi pelarian Palestin PBB (UNRWA). Foto AFP

Lebih 70 peratus sekolah UNRWA di Gaza musnah, kata Ketua Pesuruhjaya

ByBernama

NEW YORK, 2 Sept: Ketua Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini berkata lebih 70 peratus sekolah agensi itu di Gaza musnah atau rosak, dan majoriti daripadanya menjadi tempat perlindungan yang sesak menempatkan ratusan ribu keluarga yang dipindahkan dan tidak boleh digunakan untuk pendidikan.

Lazzarini dalam catatan di X berkata “lebih 600,000 kanak-kanak di sana sangat trauma, hidup dalam runtuhan. Mereka terus dinafikan peluang untuk pembelajaran + persekolahan. Separuh daripada mereka pernah berada di sekolah UNRWA. Semakin lama kanak-kanak tidak bersekolah, semakin tinggi risiko generasi yang hilang, mencetuskan kebencian dan ekstremisme,” lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

“Di Gaza, lebih 70 peratus sekolah kita musnah atau rosak. Sebahagian besar sekolah kami kini menjadi tempat perlindungan yang sesak dengan ratusan ribu keluarga yang dipindahkan. Ia tidak boleh digunakan untuk pembelajaran,” tambahnya.

“Tanpa gencatan senjata, kanak-kanak ini berisiko menjadi mangsa eksploitasi termasuk buruh kanak-kanak dan pengambilan ke dalam kumpulan bersenjata. Kita telah melihat cara ini terlalu kerap dalam konflik di seluruh dunia, jangan kita ulangi di Gaza. Gencatan senjata adalah kemenangan untuk semua: ia akan memberi kelonggaran kepada orang awam, pembebasan tebusan + membolehkan aliran bekalan asas yang sangat diperlukan termasuk untuk pembelajaran,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan