Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lawatan kerja rasmi ke TKPM Kabuloh, Subis oleh Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024 Dr Mohd Uzir Mahidin hari ini. Foto Salasiah Safian (TVS)

Banci pertanian di Sarawak capai kemajuan 65 peratus

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 2 Sept: Banci Pertanian 2024 di Sarawak mencapai kemajuan 65 peratus selepas pelaksanaannya memasuki hari ke-58.

Ia pertama kali diadakan sejak 2005 dengan banci di seluruh negara mencapai kemajuan 66.4 peratus.

Inisiatif tersebut diharap dapat mewujudkan garis asas yang kukuh bagi memperkasa sektor pertanian di Malaysia terutama di Sarawak yang menyumbang 10.6 peratus dengan nilai RM15 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Selain itu, banci tersebut dilihat sebagai langkah strategik untuk mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan dan meningkatkan keselamatan makanan negara.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024 Dr Mohd Uzir Mahidin mengadakan lawatan kerja rasmi ke Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)  Kabuloh, Subis hari ini.

“Kami amat teruja dengan kerjasama yang diberikan. Selepas hampir 19 tahun sejak bancian terakhir dilaksanakan pada 2005, maklum balas diterima daripada pengusaha pertanian sangat positif.

“Mereka bukan sahaja memberikan kerjasama erat tetapi berkongsi ilmu mengenai penggunakan teknologi, prospek pemasaran dan keadaan petani yang semakin berusia,” kata Mohd Uzir.

Untuk rekod, bancian pertanian di Johor mencapai kemajuan 59 peratus, Kedah (71.3 peratus), Kelantan (60 peratus), Melaka (35.8 peratus), Negeri Sembilan (70 peratus), Pahang (62 peratus), Pulau Pinang (87 peratus), Perak (52.9 peratus), Perlis (66.9 peratus), Selangor (72.4 peratus), Terengganu (73.8 peratus), Kuala Lumpur (69.3 peratus), Labuan 84.4 peratus, Putrajaya (75.6 peratus) dan Sabah (74.8 peratus).

Pelaksanaan banci pertanian di seluruh negara dijangka selesai 10 Oktober.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan