Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh menyempurnakan pelepasan abu al-Quran di tengah laut pengairan Jerijeh hari ini. Foto Len Talif (FB)

1.8 tan abu al-Quran dilupuskan di laut berhampiran Tanjung Jerijeh

TANJUNG MANIS, 2 Sept : Sebanyak 1, 802 kilogram abu teks berkaitan ayat suci al-Quran dilepaskan ke laut di perairan Tanjung Jerijeh hari ini.

Upacara pelepasan disempurnakan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh.

Menurutnya, semua abu itu dikumpul dari pelbagai bahan suci yang dilupuskan melalui proses pemuliaan di Pusat Pemuliaan al-Quran Masjid al-Muttaqin, Sarikei.

“Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sarikei ( LAKISRI) turut menambahkan relau bagi memenuhi keperluan dari masjid dan surau serta individu yang berhasrat berbuat demikian.

“Saya bersyukur menyempurnakan upacara murni ini dalam keadaan cuaca yang baik,” katanya kepada pemberita.

Beliau yang juga Pengerusi LAKISRI berkata, pelupusan teks ayat al-Quran dengan cara yang betul penting untuk menjaga kesucian dan menghormati kitab suci berkenaan.

Katanya, proses itu memastikan bahan tidak digunakan bukan dibuang secara sembarangan dan mengelak penghinaan atau penyalahgunaan.

” Ia juga memenuhi tuntutan hukum syarak yang mewajibkan pelupusan bahan suci dengan kaedah betul.

“Semoga usaha kita dalam memuliakan al-Quran dan menjaga adab semasa mengendalikan upacara ini diberkati dan dirahmati Allah SWT,” ujarnya.

Menurutnya, masyarakat Islam di wilayah tengah Sarawak boleh menyerahkan bahan ayat suci al-Quran yang rosak melalui urusetia atau Majlis Islam Sarawak (MIS) untuk dilupuskan mengikut hukum syarak.

“Saya selaku wakil LAKISRI ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat termasuk Pejabat Mufti Negeri Sarawak, Jabatan Agama Islam Sarawak, Coast Guard Sarawak, PDRM Wilayah 5 Sarikei, Jabatan Perikanan Laut Sarawak, APMM Wilayah Sarawak, Lembaga Pelabuhan Tanjung Manis, LAKIB, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Alam Sekitar, ” katanya.

Hadir sama Mufti Sarawak Datu Kipli Yassin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan