Lebih 70 peratus sekolah UNRWA di Gaza musnah, kata Ketua Pesuruhjaya

NEW YORK, 2 Sept: Ketua Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini berkata lebih 70 peratus sekolah agensi itu di Gaza musnah atau rosak, dan majoriti daripadanya menjadi tempat perlindungan yang sesak menempatkan ratusan ribu keluarga yang dipindahkan dan tidak boleh digunakan untuk pendidikan.

Guna teknologi canggih, perkasa kerjasama nasional dan antarabangsa strategi banteras dadah

PUTRAJAYA, 2 Sept: Penggunaan teknologi canggih seperti dron dan pemerkasaan kerjasama antara agensi keselamatan nasional dan antarabangsa antara strategi yang dipersetujui menerusi Persidangan Keselamatan Dalam Negara 2024 bagi membanteras jenayah dadah dan substan.

Tangani buli siber penting, wanita dapat ceburi bidang ICT dengan selamat – Teo

PETALING JAYA, 2 Sept: Menangani buli siber bukan sahaja melindungi individu, tetapi juga membuka laluan kepada lebih ramai wanita untuk meneruskan kerjaya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) tanpa rasa takut terhadap gangguan dalam talian, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Hanya tiga bulan Hamberi gilap Eddy

PARIS, 2 Sept: Jurulatih pecut skuad olahraga para negara, Hamberi Mahat hanya memerlukan tiga bulan untuk membimbing Eddy Bernard yang menyumbang pingat sulung negara menerusi gangsa 100 meter (m) lelaki T44 (kecacatan fizikal) pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Operasi pencarian warga emas ditangguh

MUKAH, 2 Sept: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang hilang dalam tragedi pelanggaran bot di Sungai Oya ditangguhkan petang tadi.