Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar tiba di Kuala Lumpur bagi menghadiri Majlis Persandingan anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan pasangannya, FD Idzham Datuk Seri FD Iskandar hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

TYT, isteri hadiri majlis persandingan anakanda Sultan Pahang malam ini

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 1 Sept: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar tiba di Kuala Lumpur bagi menghadiri Majlis Persandingan anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan pasangannya, FD Idzham Datuk Seri FD Iskandar hari ini.

Tun Dr Wan Junaidi tiba bersama isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang pada jam 5 petang semalam dengan menggunakan pesawat khas dari Sibu.

Pada malam ini, Tun Dr Wan Junaidi dan isteri dijadual menghadiri majlis persandingan tersebut di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Pada Khamis lepas, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan pasangan, FD Idzham FD Iskandar selamat diijabkabulkan dengan dua kali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah yang berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Pahang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan