Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Setiausaha Agung ASEAN ketuai delegasi ke Chile

ByBernama

JAKARTA, 1 Sept: Buat julung kalinya, Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn bakal mengetuai delegasi Sekretariat ASEAN dalam lawatan rasmi ke Chile dari 3 hingga 6 September ini.

Lawatan sulung bersejarah itu bakal menjadi detik penting dalam hubungan ASEAN-Chile kerana ia merupakan pertama kali seorang setiausaha agung ASEAN melakukan lawatan rasmi ke negara Amerika Latin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat ASEAN, lawatan pertama Kao ke Chile menawarkan peluang utama untuk memperkukuhkan Perkongsian Pembangunan ASEAN-Chile.

“Ia juga meningkatkan dialog, kerjasama dan hubungan ketika mereka meraikan ulang tahun kelima perkongsian itu.

“Dalam masa sama, Kao juga akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar, Menteri Ekonomi, Timbalan Setiausaha Perhubungan Ekonomi Antarabangsa dan Setiausaha Eksekutif Suruhanjaya Ekonomi bagi Amerika Latin dan Carribbean (ECLAC).”

Mengulas lanjut, Kao juga akan menggunakan peluang itu untuk menyertai sambutan ulang tahun kelima Perkongsian Pembangunan ASEAN-Chile dan Hari ASEAN, bertemu dengan Persekutuan Industri Chile, serta memberi syarahan di Universiti Chile dan ucaptama pada seminar anjuran ECLAC.

“Kao juga dijangka melakukan pertemuan dengan Jawatankuasa ASEAN di Santiago bagi mengemas kini mengenai perkembangan terkini ASEAN, membincangkan status semasa dan hala tuju masa depan Perkongsian Pembangunan ASEAN-Chile, serta bertukar-tukar pandangan mengenai cara meningkatkan hubungan ASEAN-Chile.” – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan