Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Safie (tiga kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil agensi yang terlibat dalam Pesta Daro 2024. Foto: TVS

Projek impak tinggi lonjak populariti Daro

DARO, 1 Sept: Perlaksanaan projek berimpak tinggi akan menjadikan Daro sebagai destinasi pilihan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Daro, Safiee Ahmad.

Menurutnya, daerah tersebut mempunyai potensi lebih-lebih lagi apabila beberapa jambatan menghubungkan Daro dengan daerah luar siap.

“Jadi bergantung kepada kita di Daro bagaimana mengggunakan potensi ini. Apabila ketiga-tiga jambatan ini yang berdekatan dengan kita siap, insya-Allah Jambatan Muara Lassa siap sepenuhnya 22 Disember 2025.

“Tidak lama lagi Jambatan Batang Igan dan satu lagi jambatan iaitu Jambatan Batang Rajang akan menjadikan kita di tengah-tengah.

“Orang dari utara atau selatan sudah pasti akan melalui kawasan ini. Inilah kelebihan kita, anugerah ini perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap padaMajlis Penangguhan Pesta Daro 2024 di tapak pekan baharu Daro pada malam Sabtu

Tambahnya, kejayaan Pesta Daro 2024 menarik orang luar untuk datang berkunjung walaupun daerah itu masih bergantung kepada penggunaan feri untuk dikunjungi.

Malah katanya, jumlah pengunjung luar akan meningkat jika Daro terhubung sepenuhnya.

Dalam pada itu, Safiee Ahmad berkata, sokongan masyarakat adalah kunci kepada kejayaan Pesta Daro 2024 yang mana sebanyak RM700,000 transaksi jual beli direkodkan sepanjang pesta berlangsung.

“Melihat suasana pada malam ini, saya percaya jumlah ini akan terus meningkat sehingga hari terakhir (Ahad), pesta ini pasti memberi manfaat kepada peniaga tempatan,” ujarnya.

Menurutnya, Pesta Daro tahun ini begitu unik kerana diserikan dengan 25 acara yang merangkumi semua aspek masyarakat dan memberi manfaat kepada semua golongan serta peringkat umur.

“Kita tekankan bukan hanya hiburan semata-mata tetapi kita berpesta dengan jualan tetapi turut memasukkan elemen ilmiah,” jelasnya.

Pada majlis tersebut juga, Safiee menyatakan komitmen Kerajaan Sarawak menyelesaikan masalah tekanan air rendah dan bekalan air tidak mencukupi di Daro.

Beliau yakin projek naik taraf loji rawatan air Daro di Sungai Tebu yang sedang dilaksanakan akan memberi kelegaan kepada penduduk yang mana apabila siap kelak ia mampu menghasilkan empat Juta Liter Per Hari (MLD) untuk kegunaan penduduk.

Menurutnya, kerja naik taraf akan memakan masa selama tiga bulan dan projek tersebut dijangka siap sepenuhnya sekitar enam bulan dari sekarang.

Turut hadir Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi dan Ahli Parlimen Tanjung Manis Yusuf Abdul Wahab.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan