Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Khaled Nordin

PRK DUN Mahkota diadakan 28 September

KOTA TINGGI, 1 Sept: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota bakal diadakan pada 28 September depan.

Naib Presiden UMNO dan koordinator Barisan Nasional (BN) bagi PRK DUN Mahkota, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua parti komponen Kerajaan Perpaduan telah menyatakan komitmen dan sokongan penuh dalam membantu calon BN.

“Ia sekali gus memberikan dorongan tambahan kepada BN dalam mempertahankan kerusi DUN berkenaan.

“Kita koordinasi dengan baik (dan) kita telah dapat jaminan kerjasama daripada semua parti dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan My Villa di Dewan Felda Air Tawar 3 di sini, hari ini.

Kata Mohamed Nordin, tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September ini.

Terdahulu, pada Pilihan Raya Negeri Johor 2022, penyandang, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain yang meninggal dunia pada 2 Ogos lepas, menang dengan majoriti 5,166 undi menewaskan calon Pakatan Harapan Muhammad Taqiuddin Cheman, Mohamad Nor Lingan (Perikatan Nasional) dan Mohamed Noor Suleiman (Warisan). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan