Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon. Foto AFP

PM New Zealand Luxon adakan lawatan rasmi ke Malaysia

ByBernama

PUTRAJAYA, 1 Sept: Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dari 1 hingga 3 September untuk perbincangan dan kerjasama dua hala.

Ini merupakan lawatan pertama Luxon ke Malaysia sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada November 2023.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan bahawa pada 2 September, Luxon akan diberikan majlis sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya diikuti dengan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Kementerian Luar, kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan isu-isu berkaitan hubungan dan kerjasama dua hala di bawah Perkongsian Strategik Malaysia-New Zealand yang dimeterai pada 2023, merangkumi empat tonggak: Kemakmuran, Rakyat, Planet, serta Keamanan dan Keselamatan.

“Mereka akan bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama. Kedua-dua pemimpin juga akan mengadakan sidang media bersama dan satu kenyataan bersama akan dikeluarkan selepas mesyuarat dua hala itu,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Luar berkata Anwar seterusnya akan menghoskan majlis makan tengah hari bagi meraikan Luxon dan delegasinya di Kompleks Seri Perdana.

Kementerian itu berkata Luxon juga akan mengadakan pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof.

Pada 2023, New Zealand merupakan rakan dagangan ke-28 terbesar Malaysia, destinasi eksport ke-22 dan sumber import terbesar dalam kalangan negara di rantau Oceania.

Jumlah perdagangan antara Malaysia dan New Zealand adalah sebanyak RM11.56 bilion (USD2.54 bilion). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan