Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pertahanan (MINDEF) memberikan tempoh hingga Oktober ini kepada pihak kontraktor untuk membuat penghantaran empat helikopter sewaan UH-60A Black Hawk kepada Tentera Darat Malaysia (TDM). Foto hiasan Envato

MINDEF beri masa hingga Oktober ini untuk kontraktor hantar helikopter Black Hawk

ByBernama

KOTA TINGGI, 1 Sept: Kementerian Pertahanan (MINDEF) memberikan tempoh hingga Oktober ini kepada pihak kontraktor untuk membuat penghantaran empat helikopter sewaan UH-60A Black Hawk kepada Tentera Darat Malaysia (TDM).

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sekiranya pihak berkenaan gagal menepati masa yang diberikan, kementerian akan membatalkan kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter itu.

“Kita beri masa sampai Oktober untuk penghantaran. Jika tiada penghantaran, akan batal (kontrak pembekal),” katanya kepada pemberita selepas perasmian My Villa di Dewan Felda Air Tawar 3 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan MINDEF berhubung kelewatan penghantaran empat helikopter berkenaan.

Bagaimanapun, Mohamed Khaled berkata MINDEF masih belum membuat perancangan lanjut sekiranya kontrak perolehan perkhidmatan sewaan empat helikopter itu dibatalkan.

“Perancangan lain akan dibuat selepas pembatalan,” katanya.

Pada Mei tahun lepas, MINDEF menandatangani kontrak sewaan empat helikopter dengan syarikat tempatan Aerotree Defence and Services Sdn Bhd selama lima tahun bernilai RM187 juta.

Pada 16 Julai lalu, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari dilaporkan berkata Aerotree Defence and Services memaklumkan peperangan berlarutan di Ukraine menjadi antara punca kelewatan perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.

Pada awal bulan lepas, Mohamed Khaled dilaporkan berkata MINDEF sudah mendapat maklum balas daripada Pejabat Peguam Negara (AGC) berhubung cadangan pembatalan kontrak sewaan helikopter Black Hawk untuk TDM.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan