Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ding Kuong Khiing mendengar keluhan penduduk ketika meninjau kaunter Mobile Service 2 U di Pasar Tamu Bintangor pada Ahad. Foto TVS

Manfaatkan skim SCHB disediakan Kerajaan Sarawak

BINTANGOR, 1 Sept: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menggesa masyarakat memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan Skim Faedah Kesihatan Warga Emas (SCHB) yang disediakan Kerajaan Sarawak.

Beliau berkata, SCHB merupakan inisiatif kerajaan bagi menyediakan bantuan kesihatan yang dapat dimanfaatkan warga emas kategori B40 dan M40 dengan had kadar bantuan sebanyak RM500.

Ketika ini katanya, sebanyak 88 klinik swasta di Sarawak bersetuju menyertai skim itu sejak 1 Julai lalu.

“Inisiatif ini berupaya mengurangkan kesesakan orang ramai berkumpul di hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan dan sedikit sebanyak hospital kerajaan juga dapat memberi tumpuan kepada kes kecemasan,” katanya ketika menghadiri Program Mobile Service 2 U di sini, hari ini.

Kuong Hiing menjelaskan, pemohon SCHB mesti warganegara Malaysia yang merupakan pemegang kad pengenalan berstatus K, berumur 60 tahun ke atas, pendapatan isi rumah RM7,000 ke bawah serta tidak menerima sebarang pembiayaan lain daripada agensi lain

Melalui SCHB katanya, warga emas yang layak boleh mendapatkan perkhidmatan perubatan pesakit luar di klinik swasta (pengamal am) untuk masalah kesihatan seperti demam dan selesema, sakit kepala, cirit-birit dan muntah, terseliuh, kerengsaan kulit ringan (alergik,gatal), gout, trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain.

“Perkhidmatan SCHB bagaimanapun tidak termasuk rawatan susulan bagi Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin seperti darah tinggi, kencing manis, rawatan susulan bagi penyakit kronik, rawatan estetik untuk kecantikan dan penggunaan ambulans.

“Sehubungan itu, orang ramai boleh menyemak kelayakan masing-masing atau memohon secara dalam talian dengan mengklik bahagian SCHB di portal sarawak.gov.my,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan