Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut apabila kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di kilometer 24 Jalan Bahau, Kamayani di sini pada 10.50 malam tadi. Foto hiasan Envato

Lelaki maut, kemalangan kereta dan bas ekspres

ByBernama

JEMPOL, 1 Sept: Seorang lelaki maut apabila kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di kilometer 24 Jalan Bahau, Kamayani di sini pada 10.50 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata kejadian berlaku apabila kereta dipandu lelaki berusia 36 tahun dipercayai hilang kawalan telah masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan bas dipandu oleh lelaki berumur 48 tahun bersama 23 penumpang dalam perjalanan ke Bahau.

Beliau berkata susulan kemalangan itu, penumpang kereta terbabit berusia 38 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu kereta berusia 36 tahun cedera di bahagian kaki dan muka sedang menerima rawatan di Hospital Jempol,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, pemandu bas bersama 23 penumpang lain tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan